Wednesday, August 8, 2018

الضرر يزال

 
 
الضرار يزال
(Bahaya mesti dihapuskan)



Kaedah terbitan bagi kaedah asas الضرار يزال diantaranya ialah :

  • (( الضرار لا يزال بالضرار))  Kemudaratan tidak dihilangkan dengan kemudaratan
  • (( الضرار الاشد يزال بالضرار الاخف)) Kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan melakukan           kemudaratan lebih ringan
  • (( يختار أهون الشرين)) Dipilih paling ringan antara dua keburukan
  • ( درء المفاسد مقدم علي جلب المصالح)) Membendung kerosakan lebih diutamakan daripada mengambil manfaat
  • (( الضرار يدفع بقدر الامكان)) Kemudaratan perlu dibendung semampu yang dapat dilakukan 
Pengertian Kaedah dan Huraian

- Kaedah tersebut berasal daripada kaedah yang panjang iaitu : (لا الحق ضرر باحد وفعل ضرار مع احد)  tidak boleh sesuatu yang membawa kerosakan kepada orang lain serta tidak boleh membuat apa yang membawa kerosakan kepada orang lain, begitu juga orang lain terhadap orang lain.

-  Maksud darar ( ضرر ) ialah sesuatu yang membawa kepada manusia. Seterusnya, kaedah asas ini membawa kepada maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan ataupun perkara merbahaya itu hendaklah dihilangkan.


Hukum daripada Kaedah

  • Perkara berkaitan muamalat iaitu disyariatkan khiyar terhadap barang dibeli ada cacat cela memulangkan barang dibeli ada aib.
  • Seseorang wajib menjaga diri dan berubat dari sebarang penyakit.

Dalil Kaedah 

1) Firman Allah :-

والله لا يحب المفسدين 
   المائدة 64
Terjemahan : Sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan


2) Hadith riwayat Ibn Abbas RA :-

  لا ضرر ولا ضرار

 Maksudnya : Tidak mudarat (bahaya) dan tidak memudaratkan.
 (Ibn Majah, al-Ahkam : 2334)



No comments:

Post a Comment