Konsep
Keadaan asal seseorang itu suci daripada tanggungjawab
Makna الأصل
Kaedah berterusan (القاعدة الثابتة)
Makna الذمة
Jiwa atau zat (ذات/النفس)
معنى إجمالها
- Kaedah yang berterusan bahawa manusia itu suci (tiada tanggungjawabnya) daripada sesuatu kewajipan. Keadaannya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengan kaedah asal.
- Orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal/berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal.
Contoh :
Orang yang meminjam sesuatu mendakwa sudah memulangkan barang yang dipinjam maka dakwaan diterima kerana kaedah الأصل براءة الذمة.
= Tidak diterima dakwaannya golongan kedua kecuali dengan mendatangkan dua saksi atau bersumpah dengan seorang saksi.
Dalil:
الحديث النبى
(( البينة على المدعى واليمين على من أنكرا ))
Perlu kemukakan bukti oleh oleh mendakwa, dituduh perlu bersumpah tuduhan keatasnya.
الأصل بقاء ما كان على ما كان
(Asal kekal sesuatu itu mengikuti apa yang ada sebelumnya)
Dari masalah (استصحاب)
-Mengikuti hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga terdapat hukum lain yang mengubahnya digunakan ulama usul.
(( استصحاب الأصل))
-Hukum yang terkuat itu adalah dikira tetap
-Kekal sesuatu yang berlaku pada masa lalu mengikut tetap/sabit pada masa lalu
Contoh 1 :
Seorang suami keluar rumah dan tinggalkan isterinya dalam masa yang lama dan tidak tahu kemana hilang
Hukum - Isteri tidak boleh bekahwin kerana suami tidak melafazkan cerai.
Contoh 2 :
Seseorang makan tengahhari ketika berpuasa, serta dia syak samada matahari sudah terbenam atau belum.
Hukum - Batal puasanya kerana pada asalnya matahari belum terbenam
الأصل العدم
(( الأصل في الصفات العارضة العدم))
Asal segala sesuatu itu tiada
*Semua perkara baru atau mendatang itu tiada
*Suatu sifat tiada asalnya/sifat yang datang kemudian tidak dikira jika sudah ada yang lama
*((Kalau yang asal dah ada tetap kena ikut pada yang asal))
Contoh :
Terdapat
selisih fahaman antara penjual & pembeli, satu pihak mengatakan
jual beli telah diikat kepada syarat tertentu, tetapi satu pihak
menafikan.
- Maka pihak yang mngatakan akad tidak diikat/tidak dikira oleh kerana tiada asalnya.
الأصل في الأبضاع التحريم
Hukum asal seagama adalah haram
1)Asal haram adalah melakukan persetubuhan
2)Persetubuhan dengan perempuan adalah haram kecuali dengan pernikahan
*
Maksud bagi hukum diatas adalah haram bagi seseorang lelaki untuk
melakukan persetubuhan/berzina dengan seorang perempuan yang beragama
Islam (seagama) kecuali dengan pernikahan.
Contoh bagi pernikahan yang diharamkan atau tidak sah :
1) Perkahwinan bersama saudara susuan.
2) Ali tidak yakin atau ragu-ragu dengan syarat nikah, maka dia tidak boleh bersama isterinya kerana jatuh kepada hukum haram
الأصل الأشياء الإباحة
((Hukum asal dari sesuatu adalah harus (mubah) sehingga ada dalil))
Maksud :
Jika tiada nas yang sah atau terang bagi menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap dikira seperti asal.
Dalil :
القرآن
هو الذي خلق لكم ما في الأرض جميعا البقرة 29
الحديث
الحلال ما أحل الله في كتابه والحرام ما حرم الله في كتابه وما سكت عنه فهو مما عفالكم ترمذي حاكم